Mammogram merupakan pemeriksaaan untuk mengesan
kanser payudara.
Kanser payudara merupakan kanser yang paling banyak dan
penyebab utama kematian wanita di Malaysia. kanser payudara
berpunca daripada sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang
dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak dikesan dan
dirawat secepat mungkin, ia boleh merebak ke kelenjar limfa
dan bahagian badan seperti paru-paru, tulang dan hati. |