MRI (Magnetic
Resonance Imaging) merupakan satu kaedah pemeriksaan untuk menentukan
jenis penyakit. MRI melibatkan pengunaan gelombang radio dan magnet berkuasa
tinggi. Pemeriksaan ini amat berguna untuk meninjau sistem saraf, sendi
dan tulang belakang.
Kelebihan MRI berbanding peralatan
lain ialah gambar yang terhasil lebih jelas serta boleh dilihat dari berbagai
sisi dan ia tidak melibatkan pengunaan radiasi.
Selepas pemeriksaan, pakar radiologi
akan meneliti imej-imej yang dihasilkan untuk mengesan sebarang 'abnormality'
atau masalah kesihatan pada bahagian yang diperiksa.